Nostalgia PJJ Part 1

Assalamualaikum w.b.t

Cerita ini telah diastrak dari blog lama saya iaitu boyzondanet.blogspot.com...sebab perkataan "boyz" tu rasa geli geleman bila umur dah makin meningkat.😜...

1....2......3.........

Memandangkan ini adalah kali pertama saya menulis blog (baru sejam yang lepas creat blog) so nak mintak maaf awal2 kalau susunan agak terabur dan view agak skema sebab lom pandai nak letak background yang cun2 lagi...takpa leh nanti cek blajaq pelan2 naa. Saya orang utara, so almaklum la memang terkeluar jugak bahasa ibunda ku ini dalam setiap penulisan ya..

Berkenaan dengan tajuk kat atas tu, saya tau ramai lagi yang ada pengalaman study part-time macam saya ni untuk berusaha ke arah masa depan yang lebih baik. Walaupun nak berjaya hari ni, ramai yang kata "kelulusan tak tinggi pun leh berjaya la,tengok si polan tu, kaya jugak walaupun belajar tak tinggi". Yalah makcik, tapi cari ilmu tu kan dituntut dalam agama, so kita set nak blajar sebab nak cari ilmu,kalau dapat naik pangkat itu adalah satu bonus.ok?? Sebelum tu saya nak terang maksud PJJ kat korang na sebab mungkin ada yang lom jelas tentang definisi PJJ ni. Ha ni serba ringkas definisi yang di cut n paste sebab kalau aku nak terangpun sama jugak maksudnya.





APA ITU PJJ???


Pada zaman teknologi moden yang semakin mencabar ini, manusia perlu melengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menigkatkan mutu kehidupan. Di negara maju, istilah Pengajian Jarak Jauh (PJJ) bukan lagi merupakan istilah baru. Sistem PJJ telah diterima di seluruh dunia sebagai pendidikan yang sah dan diakui setanding dengan bentuk pendidikan yang lain. Kemajuan PJJ amatlah penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kepada golongan manusia yang mahu menimba ilmu dengan cara yang berbeza daripada pendidikan formal.




Seorang penjaga bangunan Universiti Columbia, Gac Filipaj,dapat ijazah masa umur 52 tahun

Memandangkan kepada permintaan pelajar ke institusi pengajian tinggi samada institusi pengajian tinggi awam atau swasta begitu mendapat sambutan dan ada diantara mereka yang sehingga kini masih belum mendapat tempat untuk belajar, maka Pengajian Jarak Jauh merupakan salah satu alternatif untuk mereka meneruskan cita-cita murni tersebut. Melihat kepada keperluan inilah maka kami bersetuju untuk mengkaji apakah konsep dan aspek yang menyumbang kearah perkembangan dan pertumbuhan sistem PJJ dan apakah kebaikan dan kelemahan yang wujud di atas pelaksanaan sistem ini kepada pelajar?. Ini disebabkan Sistem PJJ ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang unik di mana pelajar-pelajarnya adalah terdiri daripada mereka-mereka yang telah bekerja dan mempunyai tanggungjawab lain yang harus dipikul. Namun begitu usaha untuk mendapatkan segulung Diploma atau Ijazah adalah menjadi matlamat yang pertama.


Konsep Pengajian Jarak Jauh

Pada prinsipnya kaedah PJJ mendokong konsep pemisahan antara pengajar dan pelajar. Dengan itu pengajaran dan pembelajaran berlangsung melalui bahan-bahan pembelajaran kendiri dalam pelbagai media. Dalam konteks PJJ, pembelajaran kendiri membawa maksud bahawa pelajar belajar bersendirian, tidak bertemu muka selalu dengan pengajar dan juga rakan yang lain. Pelajar PJJ bebas mempelajari sesuatu subjek mengikut selera ataupun kaedah masing-masing. Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri utama yang amat penting dalam pelaksanaan PJJ:
  1. Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh iaitu dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar.

  2. Tanggungjawab pembelajaran telah dipindahkan kepada pelajar itu sendiri. Dengan secara sendirian, pelajar akan belajar dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi menambah dan memperolehi ilmu serta kemahiran yang dicari .

MUQADDIMAH

Ok dah penat taip definisi PJJ kat korang (cut n paste),nak share la pengalaman aku sepanjang buat PJJ ni k, aku harap korang pon share la pengalaman korang plak kat komen nanti ya, bia jadi contoh untuk orang lain yang berminat nak sambung study.

Saya mula pengajian secara jarak jauh ni sekitar hujung 2007. Berminat nak sambung blaja sebab dah mula rasa susah dengan cabaran hidup di mana kos sara hidup makin meningkat. Selain tu jugak saya jenis dengki jugak dengan kejayaan orang lain tapi dengki dengan cara yang positif la..contoh macam ni, bila saya tengok bos2 dok arah buat itu ini,mula la bermain di fikiran "xpa, harini kau arah aku, aku akan buktikan yang aku pun boleh berjaya lebih dari kau wahai insan yang bernama bos, aku akan buktikan"...haa kan positif namanya tu, takda la niat sampai nak jatuhkan orang lain kan..

Faktor lain plak, saya ada sorang insan yang sangat rapat dengan saya iaitu abah saya sendiri..abah saya Encik Mazlan mendapat segulung diploma pada umur 37 tahun. Bukan setakat tu saja, encik Mazlan jugak telah berjaya mendapat segulung ijazah pada umur 44 tahun..tak malu ke kalau saya yang masih bujang ni(masa tu) xleh nak ada segulung diploma or ijazah dalam umur yang muda belia macam ni??? Malu ngan ayah sendiri..

Masa kecik2 saya ngan adik2 selalu kena marah sebab buat bising masa abah kami nak study..apa yang saya masih ingat, abah lebih tertekan masa buat diploma berbanding masa buat ijazah dulu..Mungkin pengajian kat ITM(sekarang UiTM) lebih tough dari U lain kot..Tengah malam dengar abah buat asignment tap..tap..tap..tap.. guna typewriter..bila salah taip terpaksa guna liquid yang kena bancuh sendiri mcm kat gambar...



Liquid yang abah gunakan

Sekarang kita guna apa untuk buat asignment? Budak2 sekarang mesti ada laptop sorang satu dah. Siap ugut xnak blaja kalo xbeli laptop..mewahnya budak zaman sekarang ni kan..(termasuk blogger ni)..mungkin hidup kami tak seberapa pada masa tu buatkan abah berhasrat nak sambung study..apa2 pun kami sekeluarga syukur dengan kehidupan kami..abah kerani kat JKR masa tu..saya dengan adik2 kecik lagi masa tu lam darjah 2 kalau tak silap, mana nak fikir langsung keperitan hidup n kenapa abah study..sabtu ahad selalu tanya "mama, abah p mana??"....mama jawab "abah p belajaq kat ITM arau"..."OOoooo"..yang tu ja yang tau, tak penah fikir kenapa abah buat macam tu..


Korang sanggup buat asignment pakai benda ni??


SELANGKAH KE UNIVERSITI

Bila saya dah mula bekerja sebagai kakitangan awam pastu posting hujung sana nuu kat Johor, setahun keja baru tahu keperitan hidup nak survive ngan gaji yang ala2 cukup2 makan setiap bulan. Mula cari peluang2 belajar yang U iklan kat paper or internet..kebetulan masa hujung 2007 tu memang UiTM buka pengambilan PJJ untuk intake Disember. so try la apply untuk Diploma Pentadbiran Awam..saya memang dah 2 kali penah apply course tu lepas SPM dulu tapi dah result cikai, xda la UiTM nak amik kan..so bila guna pengalaman keja, Alhamdulillah saya di offer untuk buat diploma kat UiTM Melaka intake Disember 2007..

Disebabkan dah lama mengidam diploma tu, saya memang awal2 jejak kaki kat UiTM melaka, dalam kepala dah set aku mesti dapat diploma on-time iaitu 4 tahun n pointer atas 3.00..kenapa 4 tahun?? sebab PJJ la, kalo fulltime 2.5 tahun dah leh abeh dah..tak lama pon 4 tahun tu, macam mana pon kena lalu jugak kan 4 tahun tu.

Apa yang saya nak pesan kat pembaca2 semua, jangan mudah terpengaruh dengan kata2 senior, bukan nak suruh melawan senior, tapi ada kata2 yang tak perlu kita tanamkan dalam hidup kita sebab takut effect study nanti..sebagai contoh, 1st sem saya lam kelas bukan saja batch saya yang penuh lam kelas, tapi senior2 yang kena repeat subjek tertentu pun akan join kelas saya..ada antara dorang yang dah lebih semester. Untuk Dip Pentadbiran Awam (DPA)..kalo on-time hanya 8 semester saja, tapi dorang ada yang dah sampai 11 or 12 semester..bila kita yang junior ni tanya kenapa leh sampai lebih semester, dorang jawab "haha nanti dik tau la kenapa leh jadi macam ni"..jawapan tu seolah-olah macam susah sangat blaja ni n wajib lebih semester. Sebenarnya tidak!!!!!!! totally wrong!!!!

Bukan nak bangga, tapi just nak share ngan kawan2 semua. Macam saya cakapkan tadi, result SPM saya cikai ja, matematik cukup makan, memang lemah subjek kira2. Tapi bila saya kat UiTM saya tak penah failed walaupun 1 paper termasuk paper akaun, statistik, business math dan ekonomi. Sebab apa?? Dulu kat skolah tak penah fikir pasal yuran, semua mak ayah tanggung, tapi masa wat PJJ mula la fikir kalo failed nak kena bayar yuran repeat lagi, yuran semester dah la mahal sikit daripada student fulltime..so benda2 tu selalu bermain kat fikiran ni secara tak langsung bagi pickup untuk terus berusaha supaya tak failed, at least lulus pun xpa.



KENAPA SELALU GAGAL???


Saya jadi heran bila ada yg study sampai 12 sem. So try la tanya kawan2 yang pernah failed ni 1 soalan yang mudah,KENAPA AMIK DIPLOMA PUBLIC ADMIN NI?? rata2 jawab sebab nak naik pangkat.Berdasarkan pengalaman aku, kalau nak senang berjaya,impian kita kena jelas dari awal lagi..kita kena tahu hala tuju kita,kenapa kita belajar, bila nak abis, nak jadi apa lepas dapat diploma/ijazah, tahun bila nak mula kerja...percaya la bila kita dah set semua tu dari awal, jalan yang Allah akan tunjuk tu sangat tak disangka-sangka, sungguh mudah.

Korang jangan percaya kalau korang belom buat apa yang saya gtaw tu sebab saya dah praktik, memang berhasil. Saya penah set lebih kurang 10 tahun dulu nak  buat DPA sebab nak jadi *********** pastu memang tak sampai 5 bulan grad, terus saya dapat post tu. Cepat kan? Alhamdulillah... “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Jadi kawan2 tolong la diri sendiri dulu ya dengan set apa yang kita nak, kalau boleh biar detail hajat kita tu, lagi senang dapat, bila nak, berapa hari bulan, kalau boleh jam dan saat lagi bagus.

Korang dah boring?? ok lah saya stop kat cni dulu, story ni panjang lagi..nanti saya sambung kat NOSTALGIA PJJ 2 ok...sori baru merangkak nak jadi blogger, banyak la plak idea..


Comments